Laman Utama » Soalan Lazim (FAQ)
Tempahan Online
Soalan Lazim (FAQ)
- Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan secara online di sini?Sila buat pilihan kad kahwin anda dengan melayari laman web kami di ruangan Koleksi Kad Kahwin. Klik pada button "Tempah Kad" dan isi borang tempahan.
-
Berapa lamakah tempoh masa kad kahwin saya boleh disiapkan?Kebiasaannya tempoh siap kad kahwin mengambil masa 2 - 4 minggu dari tarikh and membuat tempahan. Sila buat tempahan seawal 2 - 3 bulan daripada tarikh kad kahwin anda diperlukan untuk mengelakkan kelewatan penerimaan.
-
Di manakah lokasi Dealova Wedding Cards?Dealova Wedding Cards beroperasi di Jitra Kedah. Buat masa ini kami hanya menjalankan perniagaan secara SOHO (Small Office Home Office) atau dengan kata lain perniagaan dari rumah. Walau bagaimanapun kami dalam proses menyediakan "showroom" untuk para pelanggan yang berhasrat untuk mengunjungi dan melihat sendiri koleksi kad perkahwinan. Kami minta maaf, kerana buat masa ini kami belum lagi dapat menerima kunjungan pelanggan ke pusat operasi kami.
-
Adakah pihak Dealova Wedding Cards membuka peluang kepada agen?Buat masa ini kami belum bersedia membuka peluang untuk agen.
-
Bagaimanakah pula dengan kualiti kad kahwin kami?Kami hanya menggunakan kad kahwin dari jenis artcard berketebalan 230g sahaja. Selain daripada itu, setiap kad kahwin kami mempunyai kemasan "Matte Laminate" dan "Glossy Laminate". Melalui kemasan ini, kad anda akan kelihatan lebih cantik dan berkilat serta rasa licin.
-
Glossy Laminate adalah jenis kemasan yang membuatkan permukaan kad lebih berkilat daripada permukaan asal. Kemasan ini akan menghasilkan kualiti kertas setanding "Photo Paper". Manakala kemasan Matte Laminate pula menghasilkan permukaan kad yang lebih pudar seakan disaluti permukaan lilin, kelihatan klasik dan dan lebih elegan.





